Thursday, February 3, 2011

Malu Wanita

Pertama : Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.

Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai
perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua : Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.

Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang
wanita muslim.

Ketiga : Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.

Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai ikatan yang sangat
kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Keempat : Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.

Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah
ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah
pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon
tumbuhan yang kecil.

Malu itu sebahagian daripada iman....



No comments:

Post a Comment