Saturday, January 8, 2011

DuHaI HatI..


lupakah kau.. gelora cinta antara kita yg pernah kita lalui bersama?.. tp inikah hadiah mu buatku.... akhirnya kau tinggalkan ak kelemasan seorang diri



Aku masih mampu tersenyum walaupun hati terluka..



Berapa lama mesti ku nanti sinar cahaya matamu.. Gemerlap bagai bintang menghiasi malam.. Malam yang menutup diriku.. Berapa lama perlu kutunggu lontaran suara dari bibirmu.. Memecah hening taman.. Taman syurgawi pada sebuah hati yang sepi.. Penantian suatu siksa yang tidak tertanggung oleh tubuhku yang kering dan layu...



Usahlah berjanji jika tidak mampu tunaikan.. Kata bicara manis bagimu cukup menyakitkan hati kala ini.. Jangan disalahkan aku sedangkan cinta bagimu sudah tiada.. Lepaskan saja diriku, jangan terus menyiksa andai tiada kasih.. Walaupun aku masih ada sayang tapi tak sanggup aku menahan kepedihan dengan kepura puraan.. Aku tidak berdaya memupuk cinta kamu lagi andai sudah pudar akan waktu




Terasa amat hina diri ini kerana masih ada rasa rindu.. Dan rasa benci kian kuat akan kamu.. Hati amat pedih dan ngilu rasanya.. aku tahu siapalah aku.. aku cuma pelawak waktu dukamu.. Sandaran waktu sunyimu.. Terima kasih kerna tunjukkan diri ku sebenarnya pada kamu



Bukan ku tak relakan ia berlalu.. Tapi apalah yang ada pada aku.. Cuma kamu yang ku inginkan.. Bagaimana tidak aku tangiskan cinta kita sedangkan itu saja yang dambakan.. Cinta aku dulu, cinta aku sekarang dan cinta aku akan datang.. Hanya ada kamu.. Biar siapa aku sekarang, hanya kamu



usah kau tangiskan cinta lama.... usah kau ingatkan kisah kita... biar ia berlalu walau ada kalanya rindu bertandang dihati




izinkan aku menyentuh hatimu... agar kau tahu betapa ikhlas aku dgnmu... dan izinkanlah aku merindumu supaya aku tahu apa erti cinta sebenar



Orang melihat aku seolah tiada masalah.. Tersenyum riang dalam langkah seharian.. Punyai rasa yang tidak tertunai, bukan untuk menyalahkan takdir.. Kadang jiwa tidak tenang dan hati sering terusik.. Senyuman aku tiada ikhlasnya sedang hati ini menangis kepedihan.. Dalam jiwa yang resah gundah derita aku mampu lagi melakonkan watak seorang yang tabah.. Hati ini terus kosong 



Sedang merindui seseorang yang amat sangat.. Tapi terpaksa tahan dan tidak dapat diluahkan.. Bukan ego atau tiada perasaan.. Cuma tidak tahu bagaimana cara untuk sampaikan



No comments:

Post a Comment